Gamat Emas


                                                                        
Sea cucumber are marine invertebrates, which have attracted much attention among scientists recently due their miraculous healing and therapeutically properties. Prized for their medicinal values sea cucumbers have been widely consumed or used by Malay ancestors for more than 300 years ago. Belonging to the Phylum Echinoderm, the species which is highly acclaimed for its effectiveness is from the genus Stichopus or popularly known as gamat.Others call it balat, bat, brunok, trepang or hoi-sum .
Out of 2,000 species of sea cucumbers, or holothurians from all over the world, only 30 species are found in Malaysian seas. Out of that 30 species, only Stichopus variegatusSticophus chloronatus, Sticophus badionatus and Sticophus horrens are suitable for heavy commercialized use. The "Golden Gamat" or Sticophus sp are found to be on the very verge of extinction and, because of that researchers all over Malaysia are practically researching for the use of these rare species of sea cucumbers.
Prof. Dr. Ridwan Hashim of National University of Malaysia (UKM), one of the leading scientists in sea cucumber research stated that, sea cucumbers contain Cell Growth Factor. The factor would stimulatenew cell regeneration, and at the fastest rate, it is so efficient in managing wounds without any known side effects.
Sea cucumbers contain anti-oxidants, and high vitamin E for the youthful appearance. In cosmetic products, sea cucumber extracts are blended perfectly to optimum use.
The bio-active anti-oxidants, prevents radical molecules such as radical hydroxyl and chlorine to bind with other reactive molecules
Among others, eicosanoids property of gamat is also found in the sea cucumber extract. Eicosanoids are powerful cell regulators that help maintain virtually all body functions including the brain, the heart and the immune system.
100gm of gamat's coelom extract, 44% are proteins extract, 4% are carbohydrates and 1.5% is lipids or fats, and the rest are micro salts. Fatty acids such as EPA (Omega Eikosapentanoic acid) and DHA (Omega decosahexanoic acid) are abundant in sea cucumber extracts.
Through breakthrough in biotechnology, finally the first sea cucumber based products is available for the whole world

Gamat atau Timun laut merupakan sejenis haiwan invertebrata (tanpa tulang belakang) laut yang meraih populariti dewasa ini disebabkan khasiat dan nilai terapeutiknya yang mengkagumkan. Malah, kuasa penyembuhannya telah diagungkan dan dimanfaatkan oleh nenek moyang kita sejak lebih 300 tahun dahulu. Tergolong di dalam filum Ekinodermata, spesis timun laut yang didapati berkesan dari segi nilai perubatannya adalah daripada genus sticophus atau lebih dikenali sebagai gamat. Nama lainnya mengikut panggilan setempat termasuklah balat, bat, brunok, trepang atau hoi-sum. Hampir 42 spesis timun laut telah dikenalpasti di perairan Malavsia sementara lebih dari 2,000 spesis wujud di serata dunia.
Umumnya haiwan ini berbentuk silinder, leper pada bahagian dorso-ventral dan mempunyai bukaan di bahagian anterior dan poterior. Pembiakan boleh secara seksual atau aseksual. lanya adalah haiwan detritus iaitu makan secara menyapu pasir ke dalam mulut. Pergerakan haiwan yang lambat menyebabkan ianya perlu mempunyai mekanisme pertahanan tubuh yang efisyen iaitu mengeluarkan holothurin yang toksik dan dapat melumpuhkan haiwan kecil. Holothurin dikeluarkan oleh kelenjar khusus yang dikenali sebagai kuvier. Sebatian ini telah dicamkan seawal tahun dua puluhan dan hanya diberi penekanan yang intensif pada tahun 1950an. Saponin adalah holothurin yang utama yang dipercayai berkesan dalam penyembuhan luka, rawatan selepas bersalin dan sebagai antifungus.
Kajian timun laut tempatan hanya bermula pada awal 1980an di Universiti Kebangsaan Malaysia Kampus Sabah. Kemudian muncul beberapa kumpulan. penyelidik lain misalnya dari Universiti Malaya, Universiti Sains Malaysia, Universiti Putra Malaysia dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia. Kumpulan penyelidik dari Universiti Kebangsaan Malaysia sehingga kini begitu tekun menjalankan ujikaji untuk mengenalpasti bahan-bahan bioaktif didalam gamat untuk mengesahkan keberkesanannya. Kumpulan yarg terdiri lebih daripada 20 orang ahli akademik ini diterajui oleh Prof. Dr. Ridzwan Hashim.
Analisa ke atas tubuh dan cecair selom gamat mendapati yang ianya tinggi dengan kandungan protein yang melebihi 44%, manakala karbohidrat antara 3-5% dan lemak sebanyak 1.5%. Komponen komponennya termasuklah asid amino esential, kolagen, vitamin E, zat-zat galian seperti kromium, ferum, kadmium, mangan, nikel, kabalt dan zink. Kandungan asid lemak mustahak seperti EPA (asid omega eikosapentaenoik) dan DHA (asid omega dekosaheksaenoik) turut memainkan peranan penting sebagai agen penyembuh luka dan antithrombotik iaitu berupaya mengurangkan kejadian pembekuan darah di dalam saluran darah. Ini dapat mengurangkan risiko penyakit strok dan sakit jantung. Kedua-dua asid ini dipercayai juga membantu memperlahankan proses degenerasi sel di samping melambatkan proses penuaan. Bahan bioaktif di dalam gamat turut berkesan sebagai. antioksidan yang membantu mengurangkan kerosakan sel dan tisu tubuh. la juga penting uniuk menjamin kesuburan badan. Kesan anti-bakteria dan anti-fungus meningkatkan kemampuannya untuk tujuan rawatan kulit. Gamat juga didapati mempunyai kesan antinosiseptif (penahan sakit) dan anti-inflamasi (lawan radang dan surut bengkak). Kajian pemerhatian terhadap penduduk di Kudat, Semporna, Setiu, Kuantan, Pekan dan Pulau Pangkor menguatkan lagi bukti keberkesanan gamat sebagai agen anti-hipertensi (mengurangkan tekanan darah tinggi). Sementara kajian-kajian lain turut menunjukkan kesan positif gamat terhadap sistem kardiovaskular dan kontraktiliti otot jantung. Sejak kebelakangan ini pula, kajian-kajian di luar negara turut menyerlahkan potensi gamat sebagai anti-tumor dan memberi kesan positif terhadap penyakit AIDS.
Secara tradisional pula, gamat dipercayai berkesan untuk meningkatkan kesihatan badan, mempercepatkan penyembuhan luka luaran dan dalaman, mengurangkan rasa sakit sendi, badan dan lengoh otot, menghindari masalah alahan dan lelah, melawan radang dan meredakan bengkak, melancarkan pengaliran darah, memulihkan sistem peranakan selepas bersalin, mencantikkan kulit dan awet muda, meningkatkan metabolisma dan membantu masalah keletihan, menghindari sembelit dan masalah buasir, menguatkan tenaga batin, mengurangkan tekanan darah tinggi dan mengawal kencing manis. Menyedari hakikat gamat memiliki khasiat keberkesanan yang tinggi sehingga boleh menandingi akar ginseng, kami di GESB memformulasikan produk-produk gamat di bawah pengawasan pakar bagi kegunaan harian dan kesihatan dengan jenama eMAS khusus untuk anda!
                                                    

                                      Penjagaan Kesihatan


                                                     S/MALAYSIA RM68.00 SABAH/SARAWAK RM74.00
                                                     KANDUNGAN : 500ML BLACKCURRANT FLAVOUR
                                                C3 Spirulina

Description


  • Mengandungi adunan unik zat nutrisi dengan faktor pelindung yang mampu membantu meningkatkan tahap kesihatan anda.
  • Ia membersih, menstabil dan menyihatkan keseluruhan tubuh badan.
  • Mengandungi Vitamin C, Koenzim Q10 dan Klorofil, menjadikan ia unggul dan lengkap.
  • Memiliki kadar penyerapan yang tinggi sesuai untuk keperluan pemakanan kesihatan anda.



S/MALAYSIA RM55.00 SABAH/SARAWAK RM58.00
KANDUNGAN : 10SACHET / 6GM
Bioseed Enzim Plus

Description

Satu formulasi asal Bioseed yang dimantapkan dengan tambahan Digeseb Super Enzim yang mengandungi enzim penghadaman penting seperti Amilase, Protease I, Protease II, Protease III, Lipase, Lactase, Cellulase, Maltase, Sucrase, Bromelain dan Peptyzime SP.

Ia berfungsi membantu penghadaman protein, karbohidrat dan lemak secara optima untuk penghadaman yang lebih sihat dan sempurna.
Kandungan
Plantago Ovata, Probiotik, Ulmus Fulva, ekstrak Gamat, Digeseb Super Enzim dan Fruktosa.



S/MALAYSIA RM228.00 SABAH/SARAWAK RM235.00
KANDUNGAN : 20SACHET 8GM
Bio-H

Description

  • Merupakan formulasi semulajadi bebas gula dan lemak.
  • Mengandungi faktor perangsang rembesan HGH (Hormon Tumbesaran) dari kelenjar pituitari.
  • Membantu meningkatkan tahap tenaga.
  • Meningkatkan daya tahan tubuh badan.
  • Mengembalikan masa keremajaan anda.


S/MALAYSIA RM80.00 SABAH/SARAWAK RM85.00
KANDUNGAN : 60KAPSUL
Femmina

Description

Khasiat phytoestrogen adalah satu anugerah kepada wanita kerana ia bertindak seperti estrogen iaitu hormon wanita yang menyokong kesan estrogenik kepada organ khusus wanita seperti payudara, rahim dan ovari. Bagi wanita yang berumur, mereka akan mengalami perubahan dramatik disebabkan oleh penurunan tahap estrogen. Sistem dan fungsi tubuh badan akan menurun yang seterusnya akan memberi perubahan dari sudut fisiologi dan psikologi.
Phytoestrogen membantu dengan memperbetulkan kekurangan estrogen dan mengembalikan kestabilan hormon. Faedahnya dapat melindungi wanita dari penyakit kardiovaskular, meredakan kesan putus haid seperti mengurangkan rasa panas badan, mengatasi kekeringan faraj dan kencing tidak terkawal, menghindari perubahan mood, mengembalikan fungsi dan keinginan seksual, melindungi dari osteoporosis dan mencantikkan kulit.

Phyto bermaksud tumbuhan. Ianya selamat dan memiliki pelbagai khasiat kesihatan. Kesan awet mudanya akan menyerlah dan menyerikan sifat-sifat kewanitaan pengamalnya di samping memastikan kecantikan kulit sentiasa terpelihara.



S/MALAYSIA RM54.00 SABAH/SARAWAK RM57.00
KANDUNGAN 350ML-PANDAN / MELON FLAVOUR
Pati Gamat Plus (Asli)

Description

Diperbuat daripada ekstrak gamat yang diproses secara saintifik. Mengandungi formula semulajadi tanpa bahan kimia yang berbahaya dan kaya dengan peptida kompleks, mukopolisakarida, vitamin, zat galian dan asid amino bebas.

Sesuai diamalkan sebagai pemakanan kesihatan dengan segala khasiat gamat untuk semua peringkat umur.
Kandungan
Pati Gamat Tulen


S/MALAYSIA RM57.00 SABAH/SARAWAK RM60.00
KANDUNGAN : 350ML-OREN FLAVOUR
Pati Gamat Vita (Oren)

Description

Diperkaya dengan Beta-Karotin (Pro-Vitamin A) dan berperisa oren. Dihasilkan dari ekstrak gamat yang kaya dengan protein, mukopolisakarida dan garam galian.

Sesuai diamalkan sebagai pemakanan tambahan bagi tujuan kesihatan.
Kandungan
Pati Gamat Tulen, Pati Oren, Beta-Karotin, Vitamin B1 & B6, Fruktosa dan Air Nyah-Ion




                   Minuman Kesihatan



S/MALAYSIA RM21.00 SABAH/SARAWAK RM22.00
KANDUNGAN : (25SACHET-21G PER SACHET)
G.Cafe Ubi Jaga Original (Extra Power)

Description

Diperbuat dari biji kopi Arabica yang segar dan bermutu tinggi diadun dengan ekstrak gamat dan ubi jaga.

Minuman kesihatan yang enak dan berkhasiat ini membantu meningkatkan tenaga di samping melancarkan pengaliran darah untuk memberi kesegaran kepada minda dan tubuh badan.
Kandungan
Kopi Arabica, Ubi Jaga, ekstrak Gamat, Krimer Rendah Lemak dan Gula


S/MALAYSIA RM29.80 SABAH/SARAWAK RM31.80
KANDUNGAN : (25 SACHET-21G PER SACHET
G-Cafe Pegaga

Description

Kopi Pracampuran G-Cafe Pegaga diadun dari kopi segera dengan Ekstrak Pegaga dan Ekstrak Gamat. Diperkaya dengan biji kopi arabika segar dan bermutu tinggi digabung dengan kehebatan gamat dan khasiat pegaga yang diadun khusus untuk jaminan kualiti dan kesegaran kopi sebenar. Enak dan aroma yang menyegarkan.
PEGAGA - Khasiat seribu rahsia terkenal sejak dulu, kini dan selamanya.. kesan awet muda dan khasiat dalamannya bagi mengekalkan kecantikan tubuh. Kajian terbukti untuk tingkatkan konsentrasi dan daya ingatan sambil memberi ketenangan minda.
GAMAT - Merupakan penawar bagi membantu penyembuhan luka, melancarkan pengaliran darah dan meningkatkan kesihatan badan.
Kandungan Kopi Segera, Ekstrak Pegaga, Ekstrak Gamat, Krimer Kurang Lemak dan Gula Halus


S/MALAYSIA RM27.80 SABAH/SARAWAK RM31.80
KANDUNGAN : (25SACHET 21G PER SACHET)
G.Cafe Ubi Jaga (Light)

Description

Diperbuat dari biji kopi Arabica yang segar dan bermutu tinggi diadun dengan ekstrak gamat dan ubi jaga.

Minuman kesihatan yang enak dan berkhasiat ini membantu meningkatkan tenaga di samping melancarkan pengaliran darah untuk memberi kesegaran kepada minda dan tubuh badan.
Kandungan
Kopi Arabica, Ubi Jaga, ekstrak Gamat, Krimer Rendah Lemak dan Gula


             Produk Pelangsingan Badan



S/MALAYSIA RM145.00 SABAH/SARAWAK RM152.00
KANDUNGAN : 30SACHET / 15GM 
Beautreme

Description

  • Diformulasi untuk membantu pembakaran lemak secara efektif.
  • Mengurangkan penyimpanan lemak.
  • Mengurangkan selera makan.
  • Diperkaya dengan serat yang merangsang pergerakan usus untuk mengeluarkan bahan sampingan pembakaran lemak.
  • Kandungan multivitamin dan garam galian memastikan keperluan badan bagi zat nutrisi semasa program melangsingkan badan tidak diabaikan.
Kandungan
Ekstrak Phaseolus Vulgaris, Asid Linoleik yang di konjugatkan (CLA), L-Karnitin, Garcinia Cambogia, Kromium, Lesitin, Malta, Multivitamin dan garam galian (Vitamin A, B1, B2, B3, B6, B12, C, E, D, Biotin, Asid Folik, Kuprum, Magnesium, Molybdenum, Selenium, Potassium, Zink dan Iodin)


S/MALAYSIA RM70.00 SABAH/SARAWAK RM74.00
KANDUNGAN : 100GM
Linesse

Description

Gel pelangsingan badan ini berfungsi untuk memecahkan lemak, mengempiskan perut buncit, mengurangkan kerengsaan kulit dan membasmi selulit secara efektif. Menerusi teknologi transdermal liposome yang memudahkan penyerapan ke lapisan lemak di bawah kulit, Linesse melancarkan pengaliran darah serta membersihkan sisa toksik yang terkumpul di bahagian kulit. Gabungan ekstrak gamat yang kaya dengan vitamin E dan kolagen menguatkan, menganjal dan memelihara kelembutan kulit. Aplikasinya mudah, cuma sapukan pada permukaan kulit 2 kali sehari selepas mandi dan diurut secara putaran selama 2 hingga 5 minit. Linesse juga mesra pengguna, tidak melekit dan memberi kesan sepanjang hari.
Kandungan
Ekstrak Gamat, Kapsikum, Minyak Eucalyptus, ekstrak Barley, ekstrak Sweet Clover, ekstrak Ivy, Kafein, ekstrak Lady's Thistle, ekstrak Mushroom, ekstrak Butcherbroom, ekstrak Lemon, Lesitin, Acefylline Methylsilanol, Mannuronate, Triethanolamine, Karbomer, Nanoxynol-14, Imidazolidinyl urea, Metilparaben dan Air Nyah-Ion



                        Penjagaan Diri



S/MALAYSIA RM30.00 SABAH/SARAWAK RM32.00
KANDUNGAN : 60ML
Krim Gamat (Oil Based)

Description

  • Diformulasikan dengan ekstrak Gamat, Aloe Vera dan Vitamin E untuk memelihara kecantikan kulit di samping membantu menyembuhkan luka.
  • Ekstrak gamat yang kaya dengan kandungan kolagen dan elastin dapat membantu menjana kegebuan dan keanjalan kulit.
  • Sesuai digunakan pada muka untuk memelihara kulit muka.
Kandungan
Ekstrak Gamat yang ditulenkan, Asid Stearik, Metilparaben, Isopropil palmitat, Imidazolidinil urea, Aloe Vera dan Vitamin E


S/MALAYSIA RM21.00 SABAH/SARAWAK RM23.00
KANDUNGAN : 200ML
Gel Mandian Gamat

Description

  • Diformulasikan khas mengandungi kolagen dari Pati Gamat tulen.
  • Membantu mengekalkan kelembutan, kelembapan dan keanjalan kulit.
  • Ia membersih rapi dan sesuai untuk penjagaan kulit yang sihat dan cantik di samping membuatkan anda merasa segar dan nyaman sentiasa.
Kandungan
Ekstrak Gamat yang ditulenkan, Cocamidopropyl Betaine, Asid Sitrik, Pantenol dan Air Nyah-Ion


S/MALAYSIA RM20.00 SABAH/SARAWAK RM22.00
KANDUNGAN : 60ML
Krim Urut Gamat

Description

  • Dirumus menggunakan gamat yang dipercayai secara tradisional dapat mengurangkan lenguh dan sakit otot.
  • Dapat memberikan rasa nyaman dan segar selepas diurut.
  • Juga dapat membantu masalah luaran yang lain.
Kandungan
Minyak Gamat, Minyak Putih, Menthol, Minyak Eucalyptus, Propil paraben, Metilparaben, Palmitik & Stearik Gliserida dan Air Nyah-Ion


S/MALAYSIA RM15.00 SABAH/SARAWAK RM17.00
KANDUNGAN : 175M
Losyen Badan Gamat

Description

  • Diformulasikan secara saintifik mengandungi kolagen dari pati gamat.
  • Diperkaya dengan vitamin A dan asid buah-buahan untuk melembut dan menghaluskan kulit serta mengatasi masalah kulit kering agar kulit lebih sihat dan cantik berseri.
Kandungan
Ekstrak Gamat yang ditulenkan, Vitamin A, Asid Sitrik, Metilparaben, Butil paraben dan Air Nyah-Ion


S/MALAYSIA RM23.00 SABAH/SARAWAK RM25.00
KANDUNGAN : 100ML
Minyak Linimen

Description

Diformulasikan dengan menggabungkan Pati Minyak Gamat, Menthol, Camphor dan Minyak Eucalyptus. Khasiatnya dapat membantu mengurangkan radang dan meredakan bengkak. Ia mudah meresap dan sesuai untuk masalah setempat.
Kandungan Pati Minyak Gamat, Menthol Crystal, Camphor, Minyak Castor, Minyak Eucalyptus dan Air Nyah-Ion


S/MALAYSIA RM19.50 SABAH/SARAWAK RM21.50
KANDUNGAN : 100ML
Pencuci Muka Gamat

Description

  • Formulasi saintifik ini menggunakan ekstrak gamat bagi mencuci dan membersihkan kulit muka agar lebih anjal, cantik dan lembut berseri.
  • Ia mudah meresap ke liang roma untuk membersihkan kotoran dan mengelakkan jerawat serta kulit berminyak.
  • Sesuai untuk mengurangkan iritasi kulit dan merangsang pertumbuhan kulit yang sihat.
Kandungan
Ekstrak gamat yang ditulenkan, ekstrak rumpai laut, cocamide DEA, Allantoin, Cocoglucoside, Tetrasodium EDTA dan Air Nyah-Ion.


S/MALAYSIA RM18.00 SABAH/SARAWAK RM20.00
KANDUNGAN : 200ML
Syampu Gamat

Description

  • Diformulasikan untuk penjagaan rambut dan kulit kepala yang sihat.
  • Mengandungi ekstrak gamat yang dirumuskan dengan pelembap untuk penjagaan rambut yang optima membuatkannya lebih bermaya, lembut dan mudah diurus.
Kandungan
Ekstrak Gamat yang ditulenkan, Cocamidopropyl Betaine, Menthol, D-Pantenol dan Air Nyah-Ion


S/MALAYSIA RM12.00 SABAH/SARAWAK RM13.00
KANDUNGAN : 100GM
Ubat Gigi Oragard

Description

  • Menggabungkan formulasi terkini kombinasi alami yang mencakupi faedah bagi penjagaan mulut, gusi, gigi dan tekak secara berkesan.
  • Membantu mencegah kerosakan dan karies gigi, plak gigi, tartar, gigi sensitif, penyakit gusi, nafas berbau serta jangkitan gusi dan mulut.
Kandungan
Isomalt, ekstrak Gamat, ekstrak Kayu Sugi, Sodium Monofluorofostat, perisa Spearmint, Sorbitol, Sodium Saccharin, Gliserin, Silika, Sodium Benzoat, pewarna Gred Biru dan Air

No comments:

Post a Comment